BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Monday 6 April 2015

EDISI KANTOI : PESURUHJAYA PAS MELAKA !!!


Tajuk sikit punya gempak kan? Mana tak nya kisah orang nombor satu PAS Negeri Melaka Adly  Zahari yang KALAH ditempat sendiri ?? Ini satu berita yang sangat baik, kurang sikit anasir KOMUNIS dalam PAS Melaka. PAS Melaka dah boleh fokus pada ISLAM 100%. Bila dah buang kepala yang tak elok, nanti akan elok balik semua yang dibawahnya. 


Satu Malaya dah tahu Adly ni budak MAT SABU. Mat Sabu ni pulak budak DAP KOMUNIS. ISLAM dengan KOMUNIS mana boleh bersatu. Apa pun syabas dan tahniah kepad PAS Alor Gajah, kerana bijak bila memilih pemimpin. Tolak yang ANTI ULAMAK !!!


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Adly Zahari tersingkir sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Melaka, lapor facebooker pro ulama, Tuc Tok Usin Ceroi.

Adly yang juga Pesuruhjaya PAS Melaka dikalahkan oleh Ustaz Shahbuddin Isnin untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah dalam pemilihan hari ini.

Selain Adly, dua orang kuatnya, Ashraf (Timbalan Yang Dipertua) dan Bahuqi (Naib Yang Dipertua) turut tersingkir.

Kedua-dua jawatan itu diganti dengan muka baharu iaitu, Ustaz Wan Zaidi dan Ustaz Riduan.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kini berada dalam dilema dengan keputusan beberapa PAS kawasan yang mencalonkannya bagi jawatan Presiden PAS pada pemilihan parti itu akan datang.

Husam berkata pada masa yang sama beliau perlu memikirkan perasaan dan hak anggota parti yang telah membuat pencalonan itu walaupun dirinya masih berbelah bahagi untuk memberikan kata putus.

“Sekarang merupakan masa ahli-ahli membuat pencalonan dan tidak semestinya kita buat keputusan sekarang. Jadi, jika saya kata saya tidak mahu bertanding sekarang, perasaan ahli-ahli yang menyokong saya mungkin akan terguris.

“Saya sendiri berada di dalam dilemadan melihat pencalonan ini dibuat kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian kerana ada di antara mereka (ahli –ahli Pas) mahu menyampaikan perasaan mereka agar dapat diberi perhatian,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Segamat, Johor pada Sabtu.

PAS kawasan itu hari ini mencalonkan Husam bagi jawatan Presiden PAS manakala Mohamad Sabu dicalonkan untuk terus kekal bagi jawatan Timbalan Presiden PAS.

Tiga Naib Presiden pula, kawasan itu mencalonkan Dr Dzulkefly Ahmad, Ustaz Idris Ahmad dan Datuk Dr Mujahid Yusof.

Yang Dipertua PAS Kawasan Segamat, Firdaus Masod berkata berharap agar Husam bersedia bertanding Presiden sebagaimana yang dicalonkan itu.

“Kita melihat pencalonan ini dibuat dari peringkat akar umbi dan berharap Datuk Husam menerima dengan terbuka pencalonan ini kerana kami memang menyokong penuh beliau bertanding jawatan Presiden,” katanya.

Menurutnya, pencalonan ini juga dilihat sebagai isyarat kepada pemimpin di peringkat pusat bahawa ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat pembaharuan pada PAS dan percaya Husam boleh melakukannya.

Firdaus yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS III Johor berkata, Husam juga merupakan aset berguna kepada PAS kerana kebolehannya berkomunikasi dan merapatkan hubungan di antara parti-parti komponen pakatan yang lain.

“Saya yakin lebih daripada 40 kawasan PAS di seluruh negara akan menyokong Datuk Husam sebagai Presiden dan percaya setiap perwakilan juga sudah cukup matang untuk memilih siapa yang selayaknya menduduki kerusi Presiden,” katanya.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Husam telah layak bertanding Presiden setelah mendapat pencalonan daripada PAS kawasan Kota Tinggi, Johor dan PAS Batu Sapi, Sabah.

Dalam perlembagaan PAS, untuk bertanding jawatan presiden, seseorang hanya memerlukan pencalonan minimum 2 kawasan.

Pada 27 Februari lalu, facebooker pro ulama, Tuc Tok Usin Ceroi mendedahkan berlaku krisis dalaman di antara team Mat Sabu dengan team Husam Musa.

Kedua-duanya mahu merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dan tidak berani untuk bertanding jawatan Presiden PAS.

Tuc Tok Usin Ceroi mendakwa team Husam telah mencalonkan Ustaz Ahmad Awang, bekas Pesuruhjaya PAS Perak sebagai calon alternatif untuk melawan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS.

Meskipun pencalonan Ahmad Awang dibuat oleh berepa kawasan, namun beliau tewas.

Sumber yang disampaikan kepada laman ini, Ahmad Awang sebenarnya bukan dari team Husam Musa, sebaliknya bekas Pesuruhjaya PAS Perak adalah sealiran dengan team Mat Sabu.

Pencalonan Husam untuk jawatan Presiden oleh PAS Batu Sapi dan PAS kawasan Kota Tinggi memberi isyarat bahawa team Mat Sabu mahu mengeluarkan nama Husam daripada senarai Timbalan Presiden PAS supaya jawatan itu kekal kepada penyandang asalnya.

Mesyuarat agung PAS Batu Sapi telah dirasmikan oleh Mat Sabu, manakala Mesyuarat PAS kawasan Kota Tinggi dirasmikan oleh orang Mat Sabu iaitu Hanipa Maidin.

No comments:

Post a Comment