BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Thursday 23 April 2015

PRK PERMATANG PAUH - Semua Ahli Dan Penyokong PAS Kena Tahu, Kenyataan Penting Presdien PAS Yang Tidak Dilaporkan Oleh Mana-Mana Portal Pembangkang...

Isu besar PAS kawasan Permatang Pauh yang berpendirian bahawa berdosa dan haram mengundi calon yang menolak Hudud telah menyaksikan drama murahan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR yang cuba menunjukkan bahawa isu ini sangat kecil dan terkawal. 

Padahal, ketetapan PAS kawasan Permatang Pauh itu sebenarnya amat besar dan menjadi perkara utama bagi ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS Permatang Pauh sebelum mengundi pada 7hb Mei ini.

Bukan sahaja pemimpin-pemimpin Pembangkang, portal pro-pembangkang juga dilihat cuba membuat laporan yang mengelirukan. Sebagai contoh, laporan SorosKiniMalaysiaKini tentang pendirian Abdul Hadi Awang, Presiden PAS mengenai pendirian PAS kawasan Permatang Pauh. Selepas satu forum, Abdul Hadi telah ditanya oleh para pemberita.

Di antara laporan SorosKini MalaysiaKini yang bertajuk Hadi enggan jawab undi siapa di Permatang Pauh:   


Sementara itu, ditanya pemberita berhubung "fatwa" ulama akar umbi Permatang Pauh bahawa “haram undi calon tolak hudud”, Hadi hanya berkata PAS masih lagi berada dalam pakatan. 
Katanya, selepas tamat program itu, beliau menghormati pandangan PAS Permatang Pauh dan akan mendengar penjelasan lanjut daripada pihak itu. 
"Kita masih (bersama) dalam Pakatan Rakyat. Adapun tentang (PAS) Permatang Pauh, saya tak boleh tengok berita melalui media sahaja. 
“Saya akan dengar (daripada PAS) Permatang Pauh sendiri," katanya.

Ditanya apakah saranannya terhadap PAS kawasan itu, beliau hanya mengulangi kenyataannya dan berkata: 
"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh." Seterusnya
Tetapi laporan SorosKini MalaysiaKini ternyata jauh berbeza dengan laporan media lain, walau pun sumbernya di tempat yang sama dan selepas satu forum anjuran Sinar Harian.


Yang tidak dilaporkan oleh SorosKini MalaysiaKini ialah kenyataan Abdul Hadi Awang seperti di bawah:   


"Memanglah hudud, bagi orang Islam wajib," demikian respons ringkas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awangketika ditanya berkenaan kenyataan Ketua Urusan Ulama, Pas Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman yang berkata haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud. 
Memperincikan dengan lebih lanjut, Hadi berkata beliau bersetuju dengan kenyataan tersebut. 
‎"Betullah tidak boleh, iya," katanya kepada Sinar Online selepas selesai program Bicara Minda bersamanya di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, Seterusnya
Kenapa portal pro-pembangkang MalaysiaKini tidak melaporkan kenyataan yang sangat penting ini sedangkan kenyataan Abdul Hadi itu diambil selepas forum sama seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian?

Apakah portal itu sengaja tidak melaporkan kenyataan Presiden PAS itu untuk mengelirukan pembaca-pembacanya?

Yang pastinya, kenyataan Abdul Hadi Awang yang bersetuju dengan pendirian PAS kawasan Permatang Pauh ini akan menempelak kenyataan beberapa pemimpin PAS pusat yang cuba over rule atau menidakkan pendirian PAS kawasan Permatang Pauh.

Nampaknya, pergeseran di antara PAS, PKR dan DAP semakin meruncing di PRK Permatang Pauh!

No comments:

Post a Comment