BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Wednesday 20 May 2015

MELAYU DALAM PAS & MELAYU DALAM PKR MESTI SOKONG LGE UMUMKAN SENARAI KABINET BAYANGAN MEREKA !!!


Akhirnya Lim Guan Eng mengumumkan senarai Kabinet Bayangan DAP. Seperti diduga, kesemua portfolio penting dibolot oleh para pemimpin DAP walaupun hampir separuh daripada mereka tidak lebih daripada sekadar BADUT dan PAK LAWAK SARKAS.

Melayu hanya diwakili oleh Ariff Sabri memegang porfolio Pertanian dan Asas Tani. Dengan kata lain, DAP melihat dan menganggap Melayu sebagai tidak lebih layak selain daripada pertanian semata-mata. Manakala dalam sektor lain, semuanya yang lebih layak hanyalah Cina walaupun kebanyakan daripada mereka, gagal bertutur dan memahami Bahasa Kebangsaan!

Barangkali elok jugalah sekiranya, DAP diberikan peluang untuk mentadbir negara ini. Melihat kepada 'kejayaan' DAP membersihkan Pulau Pinang, terutama sekali pada bahagian pulaunya daripada kependudukan Melayu menerusi teknik menaikkan harga tanah, cukai dan sebagainya, kejayaan DAP untuk membentuk Kerajaan Pusat pula, sudah tentu akan membersihkan Malaysia daripada semua unsur-unsur Melayu, Bumiputera dan Islam.

Mungkin itulah yang sebenarnya yang dimahukan oleh golongan yang kuat merungut sekarang ini. Apatah lagi dengan perkembangan-perkembangan terbaru yang memberikan, menyajikan dan menatang peluru emas buat Lim Guan Eng dan konco-konco DAPnya, tentu sekali berkehendakkan demografi berubah menerusi penguasaan minoriti 25% ke atas 65% rakyat negara ini!

Jadi, sebelum ianya benar-benar menjadi satu kenyataan, jom kita ucapkan...

TAHNIAH KEPADA MELAYU YANG BERADA DI DALAM PAS MAUPUN PKR !!!

No comments:

Post a Comment