BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Friday 18 September 2015

DALANG DISEBALIK PEMBUNUHAN MORAIS


Hari ini, masyarakat kita amnya mudah membuat andaian dan cepat sangat terikut dengan pelbagai spekulasi. Berita mengenai angin pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais ini bukan sahaja menyentuh pengganggur malah dikaitkan sehingga ke peringkat atasan. Cukup hangat teori yang diperkatakan.

Siapa kita untuk membicarakannya? Adakah kita saksi kejadian? Siapa kita untuk menghukum sekuka hati? Adakah kita yang menyiasat perkara ini? Dengan mudahnya kita percaya dengan berita-berita yang belum tentu kesahihannya.

Apa pun, tunggulah hasil siasatan oleh pihak berkuasa!
Jangan lah kita pandai-pandai nak buat spekulasi sendiri!

Seorang lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, penganggur berusia 22 tahun itu di tangkap di Kulim, Kedah kira-kira jam lima petang.

“Suspek direman tujuh hari bermula semalam. Dengan tangkapan terbaru ini menjadikan lima orang suspek telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit,” katanya semalam.

Kelmarin, empat suspek lelaki berusia 22 tahun sehingga 52 tahun, dua wanita dan seorang kanak-kanak ditahan selepas 13 hari siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita dan kanak-kanak lelaki berkenaan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut dan telah dibebaskan.

Dalam perkembangan itu, polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Duta Mas, Kuala Lumpur jam 7.51 pagi pada 4 September lalu.  

Kemalangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penculikan mendiang Kevin Morais.

“Kita minta pemandu atau penumpang Toyota Estima putih yang berhenti melihat kejadian (berdasarkan rakaman video) tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi mana-mana balai polis atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” katanya.

Monday 7 September 2015

PANDANG LAH DARI SUDUT YANG POSITIF

Masjid Tanah : 06.09.15 (Ahad), Berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah bagi Tahun 2015 yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap Naib Presiden UMNO Malaysia di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Masjid Tanah. Turut hadir bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Haron yang juga merangkap Ketua Menteri Melaka, Ketua-Ketua UMNO Bahagian dalam Negeri Melaka, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Pegawai-Pegawai Kerajaan dan ramai lagi tetamu VIP yang hadir ke majlis tersebut.





Namun setiap perkara yang baik pasti ada yang tidak berpuas hati. Cuba anda lihat gambar diatas (bulatan putih). Gambar ini menjadi viral di laman sosial sejak semalam oleh pihak yang suka melaga-lagakan dan memandang dari persepsi yang negatif sahaja. Malah komen-komen yang agak kurang bijak oleh pengguna media sosial menampakkan yang mereka masih belum lagi mengenali sepenuhnya siapa YB Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam, Mantan Naib Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka ini. 

"KEPADA PEMIMPIN BARU TOLONG BELAJAR HORMAT PEMIMPIN TERDAHULU"

"KALAU TAK DAPAT NAK BALAS BUDI TOLONG BELAJAR MENGENANG BUDI"

(Diantara tajuk serta komen-komen mengenai gambar tersebut di Media Sosial)

Dari pandagan sudut atau persepsi yang berbeza, YB Senator Tan Sri Mohd Ali berdiri disebelah pentas diatas rumput menajdi viral, maka bermula lah komen-komen yang tidak berapa matang dari pengamal media sosial khususnya di Negeri Melaka. Kita sedia maklum, bahawa YB Senator Tan Sri Mohd Ali merupakan seorang yang HUMBLE dan tidak suka berprotokol sejak zaman beliau memerintah Negeri Melaka lagi. Beliau seorang yang mesra dan berjiwa rakyat dan tidak menjadikan protokol salah satu caranya sewaktu beliau mentadbir Kerajaan Negeri Melaka ketika dahulu. Disebabkan itu, beliau mudah didekati oleh pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum.

Untuk makluman, pihak pengurusan majlis telah menyediakan tempat-tempat bagi tetamu VIP yang hadir ke majlis tersebut. Sebagai contoh, cuba dilihat dalam Perhimpunan Agong UMNO Malaysia, tempat-tempat Khas telah disediakan untuk Mantan Presiden parti. Mungkin keadaan berlaku secara tidak sengaja atas semangat Tan Sri Mohd Ali ini, membawanya bangun dari tempat khas yang telah disediakan dan berdiri sebaris dengan pemimpin-pemimpin sewaktu majlis berlansung. Jadi dalam pekara ini, jika kita lihat dari sudut atau persepsi yang baik, maka perkara akan menjadi baik. Tetapi jika dilihat dari sudut dan persepsi negatif maka perkara ini akan dipandang negatif.

Cuba kita perhatikan gambar dibawah ini :



YBS Tan Sri Mohd Ali masih diberi penghormatan duduk bersama kempimpinan Negeri dan Bahagian Masjid Tanah di Majlis berkenaan. Jadi yang nak di spin kan mengenai isu Tok Ali berdiri dibawah pentas diatas rumput sewaktu majlis perbarisan dan menaikkan bendera UMNO buat apa? pandanglah dari sudut dan persepsi yang positif sahaja, maka perkara akan menjadi baik. Jika dilihat sewaktu majlis berkenaan juga dihadiri oleh Mantan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah Datuk Seri Dr. Abu Seman Yusop. Apa pun marilah kita bersama menolak persepsi dari sudut yang negatif dan bersatu mencari titik persamaan, moga parti keramat UMNO ini sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.


NOTA : 

Jika mahu diterjemahkan kepada protokol elok kita lihat P.T.O.
Place. Time. Occasion. 
Tempat: Mesyuarat UMNO Bahagian.
Masa: Mesyuarat UMNO Bahagian.
Acara: Mesyuarat UMNO Bahagian.
Saya masih yakin, YB. Tan Sri Ali Rustam dijemput atas kapasiti beliau sebagai Ketua Bahagian bagi meraikan kehadiran YAB Naib Presiden, TPM Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Aura dan personality Tan Sri Ali masih kuat dan tidak terjejas pun atas keberadaan beliau diluar pentas sebagai mantan CM. Jika beliau berada diDewan Negara, beliau mesti mendapat tempat yang prominent.Jika dilihat mereka yang berada diatas pentas adalah personaliti2 yang sepatutnya berprotokol sebab itu adalah mesyuarat Bahagian Masjid Tanah. Tidak jadi isu perkara ini.