BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Friday 18 September 2015

DALANG DISEBALIK PEMBUNUHAN MORAIS


Hari ini, masyarakat kita amnya mudah membuat andaian dan cepat sangat terikut dengan pelbagai spekulasi. Berita mengenai angin pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais ini bukan sahaja menyentuh pengganggur malah dikaitkan sehingga ke peringkat atasan. Cukup hangat teori yang diperkatakan.

Siapa kita untuk membicarakannya? Adakah kita saksi kejadian? Siapa kita untuk menghukum sekuka hati? Adakah kita yang menyiasat perkara ini? Dengan mudahnya kita percaya dengan berita-berita yang belum tentu kesahihannya.

Apa pun, tunggulah hasil siasatan oleh pihak berkuasa!
Jangan lah kita pandai-pandai nak buat spekulasi sendiri!

Seorang lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, penganggur berusia 22 tahun itu di tangkap di Kulim, Kedah kira-kira jam lima petang.

“Suspek direman tujuh hari bermula semalam. Dengan tangkapan terbaru ini menjadikan lima orang suspek telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit,” katanya semalam.

Kelmarin, empat suspek lelaki berusia 22 tahun sehingga 52 tahun, dua wanita dan seorang kanak-kanak ditahan selepas 13 hari siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita dan kanak-kanak lelaki berkenaan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut dan telah dibebaskan.

Dalam perkembangan itu, polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Duta Mas, Kuala Lumpur jam 7.51 pagi pada 4 September lalu.  

Kemalangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penculikan mendiang Kevin Morais.

“Kita minta pemandu atau penumpang Toyota Estima putih yang berhenti melihat kejadian (berdasarkan rakaman video) tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi mana-mana balai polis atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” katanya.

No comments:

Post a Comment