BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Thursday 11 February 2016

TERIMA HAKIKAT DAN JANGAN KECEWA APABILA DITIPU OLEH RAFIZI !!!

Hati siapa yang tak sedih bila tau mengenai perkara yang sebenar. Siapa yang tak rasa kecewa bila tau diorang telah ditipu hidup - hidup oleh pemimpin yang bijakSANA macam Si Rafizi tu. Siapa sangka. Seorang pemimpin yang selama ini dipandang tinggi kerana taraf pendidikan yang diperolehinya boleh sampai hati untuk menipu secara terang - terangan sedemikian rupa.

Maknanya, taraf pendidikan yang dimiliki oleh seseorang itu bukan la satu ukuran jelas untuk menjustifikasikan apa sahaja tindakan yang dilakukannya. Belajar tinggi, tapi kuat menipu. Luahan hati dikalangan Macai Pakatan Haprak yang didengar sejak dua tiga hari ni ternyata membuktikan bahawa mereka agak kecewa dengan tindakan Si Rafizi yang TAK JUJUR dalam perjuangan.

Kita ingatkan selama hari ini, Si Rafizi tu menjaja cerita buruk terhadap Tabung Haji menunjukkan yang dia sendiri pun dah hilang keyakinan terhadap institusi kewangan Islam tu. Tapi rupa - rupanya, Si Rafizi tu hanya menjaja cerita buruk tanpa dia sendiri mengambil tindakan yang sewajarnya. Apa yang dia lakukan telah menyebabkan ramai pihak yang mengalami kerugian. Dari apa yang telah dijaja oleh Si Rafizi tu sebelum ini seolah - olah memberi gambaran kepada rakyat bahawa pihak pengurusan Tabung Haji tu lansung tak boleh dipercayai oleh semua pihak.

Gambaran yang dijaja oleh Si Rafizi tu telah membuatkan sebilangan besar Macai Pakatan Haprak tu mengambil tindakan mengosongkan akaun simpanan Tabung Haji mereka sebelum ini. Tapi rupa - rupanya, Si Rafizi tu sendiri pun masih lagi mempunyai duit simpanan yang banyak didalam akaun Tabung Haji yang dikatakan telah mencecah hampir sebanyak RM 500 ribu.

Bagi Pencacai Pakatan Haprak tu, sepatutnya Si Rafizi tu sendiri yang perlu mengambil tindakan mengosongkan akaun simpanan dia jika benar dia hilang kepercayaan terhadap Tabung Haji. Tapi rupanya, sampai hari ini, Si Rafizi tu dikatakan masih lagi mempunyai duit simpanan tersebut dan enggan mendedahkannya kepada rakyat secara terbuka. Itu yang buat diorang rasa kecewa.

Kalau diikutkan, hari ini dah masuk hari kedua sejak kita keluarkan cabaran buat Si Rafizi tu. Bila agaknya dia nak sahut cabaran yang kita berikan dan kosongkan duit dalam akaun dia sendiri?

ATAU, adakah Si Rafizi tu hanya sekadar "Pandai Cakap" tapi "Tak Berani Buat"? Kalau dia setakat pandai menjaja cerita buruk pasal Tabung Haji sedangkan duit dia pun masih melambak - lambak, baik tak payah banyak cerita la!!! Buat mengabihkan air liur je!!!

Sumber : SEMUT HITAM

No comments:

Post a Comment